Friday, February 28, 2014

KHALID IBRAHIM SANGGAH PKR & DIPUJI UMNO

Ada perpatah berkata, "tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal" di dalam dunia politik.

Sekali lagi perpatah ini membuktikan kebenarannya.

Kalau dulunya, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim digelar "KHALID GAGAP" oleh musuh politik parti beliau serta diugut akan didedahkan video yang diambil curi di pejabat beliau, hari ini musuh beliau bertukar menjadi kawan.

Khalid dipuji bertalu-talu oleh musuh politik beliau di sebelah Kerajaan kerana tindakan beliau menyetujui perjanjian bekalan air di antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor.

Dan Khalid tiada segan silu untuk "MENYELAR" rakan politik di dalam parti beliau kerana cuba campur tangan di dalam urusan beliau.

Sebenarnya di dalam peperangan, jarang sekali kita mendengar musuh memuji musuh kecuali ada strategi yang akan memakan diri.

Sudah dua hari wajah Khalid menghiasi muka hadapan akhbar-akhbar utama.

Politik Malaysia tidak pernah sunyi dari insiden-insiden menarik.

Di akar umbi, bermacam lagi sedang diperkatakan.

Antaranya: 

1) Anwar Ibrahim akan menjadi MB Selangor.

2) Khalid Ibrahim akan dipecat PKR seperti mana Hassan Ali dipecat Pas.

3) Anwar akan dipenjarakan apabila kes liwat beliau diputuskan oleh mahkamah.

4) Najib akan disingkirkan oleh pemimpin Umno tidak lama lagi.

5) Ramai Menteri Umno akan dipencenkan April ini apabila rombakan Kabinet dibuat.

Sementara itu, Khalid akan terus mendapat pujian untuk seminggu dua lagi.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bn-selangor-ucap-tahniah-pada-khalid-1.255450

No comments: