Monday, June 9, 2014

AZIZ BARI PENDERHAKA, KINI HERO & HERO MATI AWAL

ISU JOHOR

Sehari dua ini, kita disajikan dengan cerita menarik - penglibatan Sultan Johor di dalam cadangan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Kita tak berani nak menyentuh isu raja. Terlalu sensitif dan tidak berbaloi.

Silap guna ayat, kena tangkap. Lihatlah apa yang terjadi kepada seorang ahli politik - kerana mulut, badan binasa.

Beliau meninggal dunia tanpa sempat membersihkan nama beliau selepas didenda RM4,000 dan berkemungkinan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Tidak mungkin kita lupa peristiwa rumah blogger digeledah oleh pihak berkuasa, modem dan komputer mereka dirampas kerana tulisan mereka ditafsirkan sebagai menghina raja.

Dalam isu Sultan Johor ini, tak berbaloi kita menganalisa isu ini. Kita serahkan penganalisan ini dibuat oleh mereka yang kebal seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi kita boleh melihat isu di Johor ini dari sudut lawak jenaka.

Dua hari lepas, media utama memberikan isu ini tumpuan utama mereka.

Tiba-tiba Dr Abdul Aziz Bari menjadi tumpuan media. Ada juga stesen TV memberi ruang kepada Bar Council dalam isu Sultan Johor.

Dulu bukan main hebat Aziz Bari dikecam oleh media utama sehingga Aziz digantung khidmat oleh Universiti Islam Antarabangsa kerana kenyataan beliau mengenai Sultan Selangor.

Jelapang masih ingat lagi, pada 2011, Aziz Bari dilarang masuk UIA atau BERHUBUNG dengan mana-mana kakitangan UIA semasa tempoh pergantungan itu.

Bukan itu saja, gelaran Prof beliau digugurkan.  Aziz Bari dituduh berselindung di belakang nama akademik.

Dua hari lepas, tiba-tiba kita ternampak wajah Aziz Bari di muka hadapan sebuah akhbar utama negara.

Separuh mukasurat dimuatkan komen Aziz Bari mengenai konflik istana-kerajaan merujuk kepada isu di Johor.

Tiba-tiba Aziz jadi penting. Dulu Aziz penderhaka sehingga diharamkan memasuki UIA.

Tetapi untuk satu hari di dalam minggu ini dan di dalam isu Sultan Johor, Aziz Bari dijulang, begitu juga dengan Bar Council.

Yang menjadi jenaka nya ialah kita MEMERLUKAN seorang penderhaka seperti Aziz Bari untuk memberi pandangan mengenai isu Johor.

Kemana perginya pakar undang-undang yang setia kepada negara dalam isu Sultan Johor ini?

Ada peguam dan bekas hakim yang dapat projek Lebuhraya bernilai bilion ringgit tetapi suara mereka tidak kedengaran pula dalam isu Johor ini?

Kemana perginya pensyarah-pensyarah Melayu yang hebat selama ini sehinggakan kita terpaksa memohon pertolongan si penderhaka seperti Aziz Bari untuk menangani isu Johor?

Bagaimana pun ianya hanya lawak jenaka. Jadi marilah sama-sama kita ketawa di dalam perkara Aziz Bari dan isu Johor ini.

ISU ADUN KEMPAS

Tahniah kepada Adun Kempas Tengku Putra Haron Aminur Rashid kerana membuat TEGURAN yang cukup berani di dalam sidang DUN Johor baru-baru ini.

Semuga beliau akan terus berjaya di dalam karier politik beliau.

Kita mengharapkan Tengku Putra tidak mati keseorangan di dalam arena politik.

Sudah menjadi kelaziman di dalam Umno, hero mati awal dan keseorangan.

Semasa diperlukan, beliau disanjung. Selepas itu, pandai-pandailah nak hidup.

Contoh terbaik ialah calun pilihanraya.

Lihatlah apa jadi kepada calon BN di Manik Urai, Kelantan, selepas tewas semasa pilihanraya kecil.

Cubalah juga bertanya khabar apa kah nasib seorang doktor di Kedah yang meletakkan jawatan untuk bertanding sebagai calon BN tetapi tewas?

Lazimnya, di dalam Umno, kalau nak jadi hero, tengok-tengok lah ke atas. Kalau yang di atas pun kecut, biarlah orang lain yang jadi hero. 

2 comments:

Anonymous said...

Jawatan prof aziz bari tu cuma dlm univ... keluar univ hilang lah jawatan prof....

kecuali muka jamban yg masih nak gunakan gelaran prof...

Akhbar cari dia sbb nak tgk berani ka dia beri jawapan merapu depan akhbar perdana....

Kalau akhbar harah kemain lg berani.... al maklum harakah utk ahli2 tongong....

Ropa2nya aziz bari x berani mana.... cuma beri jawapan akademik bdak law tahun1...

Kjjan cuma nak tgk sapa dia yg berani kondem soltan.... dlm isu ni....

Sorg pon x brani...pegii daaa

Anonymous said...

Apabila Nizar meminda peganggan tanah selama tempoh 99 tahun ke 999 tahun atas arahan DAP untuk keuntungan kaum Cina di Perak mana Aziz Bari.

Ketika ini Lim Guang Eng secara kasar dan halus menghalau Melayu ke dalam laut mana Aziz Bari.

Aziz Bari adalah sebahagian dari dna pembangkang.

Apa salahnya jika Melayu itu kaya. Aziz Bari ingat selama ini Cina itu kaya dengan cara yang betul.

Aziz bangsa itu semua dilipat. Pernah dengan bangsa Cina berdenki sesama mereka.

Melayu menderhaka kepada raja kerana diperbodohkan oleh Cina.

Jika Aziz Bari menderhaka kepada Maharaja Cina. Kepala dan Badan pasti berpisah jua.