Monday, January 19, 2015

ORANG KAMPUNG BINGUNG: ANWAR JADI BAIK, NAK BANTU KERAJAAN TANGKAP DAIM ZAINUDDIN

ANWAR IBRAHIM kaki liwat, bekas banduan, perasuah, pecah amanah, kaki China Doll.

Kita disuruh percaya cerita yang di bawa oleh Nallakaruppan, Eskay Rizal dan Rahim Thamby Chik.

Berkurun lamanya ahli Umno di akar umbi diberitahu, jangan percaya kaki liwat ini, perosak negara.

Tiba-tiba dua hari lepas, media milik Umno meminta kita "PERCAYA" bahawa Daim Zainuddin memiliki harta luarbiasa kerana Anwar ada buktinya.

Tiba-tiba ANWAR tampil untuk membantu Najib Razak dan kerajaan untuk menangkap bekas Menteri Kewangan Umno, Tun Daim Zainuddin.

Itulah sebabnya orang kampung jadi BINGUNG.

Bingung kerana dulu kaki liwat, sekarang Anwar tiba-tiba jadi "pejuang" dan akan membantu Kerajaan Umno menangkap pemimpin Umno yang Umno dakwa rasuah.

Di bahagian-bahagian Umno sekarang ini, Ketua-Ketua Bahagian tengah pening kepala.

Bagaimana hendak mengatasi kebingungan ahli di bawah.

Bagaimana hendak menyakinkan bahawa kali ini, kita kena percaya pada Anwar untuk memenjarakan Tun Daim Zainuddin.

Setakat hari ini, Ketua-Ketua Bahagian BELUM ada ide bagaimana hendak mengubah pandangan ahli-ahli di akar umbi bahawa Anwar dulu adalah peliwat, perasuah, kaki pecah rasuah dan kaki China Doll tetapi kini Anwar baik perwatakannya dan sedang membantu Kerajaan untuk mencekup Daim.

Masih ada masa untuk Presiden Umno dan ibupejabat Umno untuk memikirkan bagaimana Ketua Bahagian harus berhadapan dengan akar umbi dalam hal ini.

Kita yakin mereka ada jawapannya.

5 comments:

Anonymous said...

Anwar pun banyak duit, Dah lama tak bekerja ,lama masuk penjara , boleh buat rumah mewah , boleh melancong luar negara,taknak siasat ke

Anonymous said...

Anwar kaki spin... talian hayat harapan najib bela dia..kikiki

Anonymous said...

kalau betul anwar ada bukti sudah tentu dulu lagi dah didedahkan.

...macam kisah enam kotak dokumen tuuu,...auta jer lebih !

sesejuk mata memandang said...

HAsil nya ANuar akan dibebaskan dari tuduhan meliwat... itu mungkin caturan yang sedang dimainkan oleh pemimpin atasan yg memerintah atau hanya cubaan dari anura memujuk najib supay " jangan penjarakan aku sorang' orang lain pun perlu ikut sama'

Anonymous said...

apa susah sangat nak tahu. tv3 siapa punya. tuanpunya tv3 @ media primalah yang punya angkara. nak naik, mestilah kena pijak kepala orang. ini memang kerja haram jadah yang telah menjadi budaya politik.