Thursday, April 16, 2015

MUKHRIZ WAJIB LETAK JAWATAN / JHO LOW BERSIH!

Image result for mukhriz mahathir+najib

MENTERI Besar Kedah dan anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz, menafikan akan meletakkan jawatan Menteri Besar 24 April ini.

Patutkah beliau meletakkan jawatan?

Adun Bukit Lada Ahmad Lebai Sudin mendesak Mukhriz meletakkan jawatan kerana mengikut cerita Lebai, Mukhriz di dalam satu mesyuarat di Mentaloon ENGGAN menyatakan sokongan kepada Najib Razak yang kini dikritik hebat oleh ayah Mukhriz.

Sebaliknya pendirian Lebai tidak disenangi beberapa ketua-ketua cawangan di Pokok Sena. 

Maklumlah Lebai bukan lagi Ketua Bahagian Pokok Sena lagi apabila disingkirkan oleh Ketua-Ketua Cawangan ini semasa pemilihan bahagian 2013.

Apa pun Lebai berhak menyuarakan padangan beliau kerana beliau ahli Umno.

Dan Jelapang menyokong pendirian Lebai. Sekiranya Mukhriz tidak lagi yakin dengan kepimpinan Najib, berdasarkan prinsip, beliau WAJIB meletakkan jawatan kerana jawatan Menteri Besar adalah lantikan Perdana Menteri berdasarkan keyakinan beliau kepada Mukhriz dahulu.

Sekurang-kurangnya Adun-Adun lain termasuk Lebai juga mempunyai HARAPAN menjadi Menteri Besar yang baru.


1MDB

Ramai yang pening dengan isu 1MDB. Terbaru ialah dakwaan seorang jejaka Cina yang menjadi HARTAWAN dalam usia muda, Jho Low.

Dalam satu temuramah, Jho Low menafikan beliau terlibat didalam skandal 1MDB.

KALAU BUKAN JHO LOW, SIAPA?

Berikut temuramah Jho Low yang disiarkan baru-baru ini. 


‘Spin master’ Umno di sebalik serangan 1MDB, kata Jho Low

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

....



----------------------------------------------------------------
(( Rahsia Tertutup ))- Puteri UMNO Tidak Kisah Tun M Keluar UMNO
----------------------------------------------------------------
Tun jangan samakan keadaan Pak Lah dan Najib..
Keadaannya sangat berbeza..

Tun jangan samakan zaman Tun jadi PM lebih 20 tahun dgn Najib baru sepenggal lebih..
Keadaannya sangat berbeza..

Jadi, Tun keluar UMNO pun, penjilat2 Najib tak kisah sikit pun... Mereka tetap jilat Najib lah..!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




------------------------------------------------------------------------
Rakyat RAYU Agar Anwar Dibebaskn & Pembunuh Antartuya DiTANGKAP Segera!!
------------------------------------------------------------------------
Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<




-----------------------------------------------------------------------
Selamatkan Malaysia - Perpaduan Hanya Akan Wujud Selepas BN Dikuburkan!
-----------------------------------------------------------------------
** UMNO menyalak untuk perpaduan rakyat di Malaysia sejak dulu lagi.. Mereka bakal menyalak lagi penghujung tahun ini!!

Sumber Berita


>>> Klik Di Sini <<<